PM ucap tahniah kepada Truss

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Mary Elizabeth Truss atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu.

Menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi, beliau turut mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Truss.

“Tahniah diucapkan kepada Puan Yang Terutama Mary Elizabeth Truss di atas lantikan sebagai Perdana Menteri United Kingdom.

“Selamat menjalankan tugas dan saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya

“Saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, ucapan tahniah kepada Truss juga diberikan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Tahniah kepada Elizabeth Truss atas pelantikan anda sebagai Perdana Menteri UK.

“Berharap untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan Malaysia-UK untuk manfaat bersama kedua-dua negara dan rakyat,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Setiausaha Luar Britain itu memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak mendapat 60,399 undi.

Truss, 46, menggantikan Boris Johnson sekaligus menjadi Perdana Menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here