Bah melanda Baling lagi

0
1

SERAMAI 130 daripada 37 keluarga mangsa banjir di daerah Baling, Kedah masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz.

Semua mangsa kini ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang dan PPS Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang.

Terdahulu, penduduk Kampung Iboi dan kawasan berhampiran cemas apabila air Sungai Kupang mengalir deras dan melimpah selepas berlaku hujan lebat pada petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu mengakibatkan beberapa rumah terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Selain itu, air sungai juga didapati melepasi Jambatan Bailey di Kampung Iboi dan struktur jambatan tersebut dikatakan sudah berganjak sedikit dari kedudukan asal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here