Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menzahirkan rasa bangga terhadap Ahli Parlimen Tagney, Sam Lim yang menyampaikan ucapan pertamanya di Dewan Perwakilan Australia hari ini dengan menggunakan bahasa Melayu.
“Bahasa Melayu bergema di bumi Australia! Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh @SamLimMP
ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.
“Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat!,” katanya menerusi Twitter.
Terdahulu, media melaporkan, Lim yang merupakan anak jati Muar, Johor, menyampaikan ucapan pertamanya sebagai ahli Parlimen Tagney di Dewan Perwakilan Australia selain sempat menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam bahasa Melayu.
Lim, 61 sebelum ini menewaskan calon Liberal, Ben Morton dengan margin 9.5 peratus, dalam pilihan raya umum persekutuan, Mei lalu.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua tahun pada 1983 . – Malaysiapost

