Najib tidak ditempatkan dalam rumah pegawai Penjara Kajang

0
1

DAKWAAN tular yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebaliknya di dalam sebuah rumah pegawai di Penjara Kajang adalah tidak benar.

Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut kenyataan, jabatan berkenaan menegaskan dakwaan tersebut adalah palsu dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” menurut Jabatan Penjara Malaysia.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar di media sosial yang mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebaliknya berada di sebuah rumah pegawai Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara terbabit.

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here