Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata kedua

0
1

PELAKON Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi pembedahan, pagi semalam.

Menurut suaminya, Muhammad Atiq Idris, proses pembedahan yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar.

Beliau juga memaklumkan Tasha dan bayinya kini berada dalam keadaan baik.

Januari lalu, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 35, mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Pelakon itu juga memberitahu sudah memilih nama Nayla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada Februari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander yang kini berusia setahun lima bulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here