Lelaki ditahan ganggu, ekori remaja perempuan

0
1

SEORANG lelaki ditahan kerana dipercayai mengganggu seorang remaja perempuan dengan mengekorinya sehingga ke rumah di Taman Dagang, Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata mangsa berusia 17 tahun memaklumkan diekori suspek berusia 32 tahun dari tempat letak kereta sehingga ke rumahnya pada jam 3.45 petang.

“Semasa menaiki tangga di blok rumahnya, suspek mengekori mangsa secara rapat dan cuba untuk memegang remaja berkenaan sebelum dia terus melarikan diri dengan memanggil kakaknya.

“Suspek kemudian membuat kacau di hadapan rumah mangsa dan turun ke bawah blok semula.

“Mangsa kemudian meminta bantuan tunang kakaknya yang menahan suspek sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya menahan semula suspek di lokasi terbabit pada 4.20 petang.

Katanya, semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan dadah.

“Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 7 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here