Abdul Azeez gagal batalkan kesemua 13 pertuduhan

0
1
KUALA LUMPUR, 12 Mac -- Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 12 -- The High Court today dismissed application by former Tabung Haji chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim to quash 13 charges of accepting bribes and money laundering againts him. -- fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

DATUK Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal membatalkan kesemua 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya, hari ini.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan pindaan dihadapi bekas Pengerusi Tabung Haji itu.

Memetik laporan Astro Awani, keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Abu Bakar Jais mewakili panel tiga hakim yang mendengar permohonan rayuan Ahli Parlimen Baling berkenaan.

Dengan keputusan itu, prosiding kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi yang ditangguhkan sementara rayuan berkenaan akan berjalan seperti biasa bagi sembilan pertuduhan.

Pada Januari 2019, Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 pertuduhan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Kedah dan Perak.

Mengikut pertuduhan, Abdul Azeez didakwa membabitkan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Projek tersebut membabitkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank Berhad, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Setakat ini, seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here