Tun M dibenar keluar IJN

0
1
Tun Dr Mahathir Mohamad

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.30 pagi tadi.

Pejabat bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Langkawi berkenaan dimasukkan ke IJN selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.

Ianya untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan

Kenyataan itu berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here