Merindui ‘posting’ Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai ‘cyber trooper’ terbaik dan berintegriti serta ‘ketiadaannya’ kini dirindui.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ketiadaan Ahli Parlimen Pekan itu merugikan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menguntungkan parti lawan.

Menurutnya, tiada siapa dapat menandingi laman Facebook (FB) Najib dengan pelbagai hantaran terutama dari segi fakta dalam menjawab dan mempertahankan parti.

“Tidak ada siapa yang dapat menandingi FB Datuk Najib. Baik dari segi fakta, menjawab pembangkang dan mempertahankan parti.

“Pembangkang jadi bengong, bengang dan bengap kerana hujahan Datuk Najib. Najib menjawab pantas. Musuh bersorak bila Najib dipenjara kerana ‘selective persecution’.

“FB Najib bukti dia istiqomah, konsisten dan teman sejati rakyat dan parti. Posting (hantaran) beliau jadi rujukan untuk mereka yang mencari fakta dan kebenaran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Puad berkata, walaupun tanpa Najib roh perjuangannya masih membara di mana-mana.

“Dia cyber trooper terbaik dan berintegriti. Tanpa beliau, parti rugi, musuh pula untung berlipat ganda. Tetapi roh perjuangannya membara di mana mana,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here