Malaysia perlu sekat kemasukan tokoh kontroversi, elak masalah diplomatik

0
1

MALAYSIA perlu mengelak daripada menerima kemasukan mana-mana tokoh kontroversi ke negara ini supaya tidak terkait dengan konflik atau isu dalam negara lain.

Pakar anti keganasan, Prof Dr Mohd Mizan Aslam, bekata kemasukan tokoh-tokoh kontroversi ini juga boleh mengundang masalah yang lebih besar termasuk hubungan dplomatik.

Katanya, Malaysia perlu belajar daripada tragedi pembunuhan Kim Jong Nam yang membawa kepada terputusnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara hingga memaksa “persona non grata” dikenakan ke atas Duta Pyongyang di Kuala Lumpur.

“Perkara yang sama juga boleh berlaku di antara Malaysia dan China jika terjadinya isu berkaitan kemasukkan Hidayatullah Oghuzan ke negara ini.

“Pelbagai kemungkinan boleh berlaku ke atas tokoh ini lebih-lebih lagi apabila beliau dan gerakkannya DOGU Turkistan disenarai hitamkan oleh Beijing.

“Serangan mungkin boleh dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada secara terancang atau dilakukan oleh pihak ketiga dalam bentuk ‘false-flag attack’ yang akan memungkinkan Kuala Lumpur berdepan isu diplomatik serius dengan Beijing,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Mizan yang juga Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan kehadiran Hidayatullah ke Kuala Lumpur.

Dikhabarkan kunjungan rasmi dari jemaah kepimpinan etnik Uyghur yang bermarkas di Turkiye diketuai Hidayatullah akan membuat lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat.

Kunjungan itu bagi menyelaraskan isu-isu hak asasi manusia terhadap kaum mereka yang diinjak di Xinjiang.

Selain itu, deligasi kemanusiaan ini akan bertemu empat mata dengan tokoh pemimpin parti pemerintah dan pembangkang.

Hidayatullah Oghuzan merupakan antara pemimpin barisan hadapan dan pejuang utama dalam penentangan penindasan kepada etnik minoriti muslim Uyghur di Xinjiang dan Turkistan Timur.

Ketika ini, beliau merupakan presiden kepada Society and International di Dogu, Turkistan, International Union of East Turkestan Organization, dan Knowledge Association and the Federation of Turkistan Organizations.

Untuk rekod berdasarkan sumber luar dari kerajaan China telah meletakkan status DOGU Turkistan sebagai gerakan yang mengancam keselamatan awam.

Sementara itu, Mohd Mizan berkata Malaysia harus jelas bahawa masalah pihak lain tidak perlu dibawa masuk ke negara ini.

“Setiap masalah perlulah diselesaikan di tempat mereka sendiri. Jika mereka sudah berada di negara ini, maka secara automatiknya kita akan terikat dengan pelbagai peruntukkan domestik mahupun luar negara.

“Lihatlah bagaimana kita harus berdepan dengan pelbagai tekanan antarabangsa termasuk ‘human right’, UNHCR dan lain-lainnya apabila kumpulan etnik Rohingya berada dalam negara ini. Itu belum lagi mengambil kira kerugian kewangan dan perbelanjaan yang harus ditanggung negara.

“Maka jalan terbaik adalah dengan mengelakkan Malaysia terlibat dengan mana-mana kontroversi termasuklah membenarkan pimpinan dan tokoh-tokoh sebegini masuk dan melakukan aktiviti yang memungkinkan kemakmuran dan keselamatan negara terancam,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here