Najib minta jaga Pekan

0
2
najib razak

“JAGA Pekan baik-baik masa saya tiada. Mereka orang kampung saya,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu, menitipkan pesanan berkenaan menerusi hantaran pada Facebook malam tadi yang dimuat naik oleh keluarga beliau.

Dalam hantaran ringkas berkenaan, beliau memaklumkan Pekan terlalu istimewa buatnya kerana sudah berkhidmat selama 46 tahun di kawasan berkenaan sejak berusia 23 tahun.

“(Pekan) sudah lama dengan saya. Tolong sampaikan mesej ini kepada Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mendoakan penduduk di Pekan terjaga kebajikan mereka.

“Datuk Seri Najib mendoakan agar Pekan terus menerima khidmat bakti terbaik, dijaga kebajikannya. Sebagaimana yang diuruskan sepanjang masa ini,” tulis kenyataan ringkas itu.

Terdahulu, media melaporkan, Najib akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, bermula 24 Ogos lalu jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here