Najib, Rosmah dihukum, kejayaan perjuangan jalan raya rakyat – Bersih

0
1

HUKUMAN penjara dan denda ke atas Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah tidak akan berhasil jika rakyat tidak bangkit besar-besaran di jalanan suatu ketika dulu.

Bersih 2.0 dalam kenyataannya berkata, perjuangan menentang perasuah dan pencuri wang negara tidak akan berjaya jika rakyat tidak bersatu secara besar-besaran bermula pada tahun 2015.

“Ini adalah perjuangan rakyat yang telah turun ke jalan raya untuk tanahair tercinta. Kami tidak dapat menyenaraikan kesemua lebih 500,000 rakyat, tapi kami percaya anda tahu siapa anda walaupun tujuh tahun berlalu.

“Pengorbanaan dan jasa anda sentiasa dikenang. Malah kami tidak akan melupai seluruh rakyat yang telah memberi sumbangan berterusan kepada Bersih 2.0,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani empat bekas penggerak utama iaitu Pengerusinya, Maria Chin Abdullah;
Ahli Jawatankuasa Pemandu, Datuk Dr Toh Kin Woo dan Jay Jay Denis serta Pengurus Sekretariat, Mandeep Singh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here