Mukhlis Murzany
SEJAK permulaan untuk membina jalur lebar 5G di Malaysia, DNB mula menerima pelbagai rintangan dan kekangan. Tomahan dari pihak pembangkang, cubaan untuk dirombak oleh kabinet, usaha tidak disambut baik oleh Telco.
Tapi kesemua itu tidak pernah dilayan oleh DNB dan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang merupakan menteri bertanggungjawab dengan DNB sebelum dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Bagi saya, antara cabaran paling besar bagi DNB adalah apabila Telco sendiri enggan untuk berkerja sama dengan DNB. Dan masalahnya, pihak Telco ini lah pelanggan kepada DNB. Mudahnya, DNB belum buka kedai lagi, pelanggan dah tak mahu beli.
Kalau kita lihat balik, setakat Julai 2022, hanya dua syarikat Telco sahaja yang baru tanda tangani kontrak bersama DNB iaitu YTL dan TM sahaja. Empat gergasi Telco Maxis, Digi, Celcom dan Umobile kesemuanya tidak mahu tanda tangani kerana pelbagai isu.
Antara isunya;
- Kerisauan dan kegusaran kerana ketiadaan undang undang untuk memantau rangkaian borong tunggal.
- Tawaran Akses Rujukan (RAO) yang ditawarkan DNB tidak berkualiti.
Walaupun sebenarnya dari awal lagi Kementerian Kewangan di bawah pimpinan Tengku Zafrul sudah kata yang jangan risau mengenai pemilikan tunggal berserta harga. DNB ini akan dipantau sendiri oleh Kementerian untuk mengelakkan isu isu ini berlaku. Dari segi kualiti, dari awal lagi DNB sudah memastikan kualiti ini terjamin dengan menawarkan tender terbuka untuk memilih vendor terbaik.
Tetapi atas dasar ingin mewujudkan keadaan menang menang dan memudahkan Telco untuk sertai perjalanan menuju ke negara 5G ini. Tengku Zafrul sendiri telah memulakan langkah drastik, dengan membenarkan pemilikan kepentingan DNB sebanyak 70% kepada enam syarikat Telco. Ini membenarkan keputusan dan sebagainya akan dibincang bersama, malah akan untuk mewujudkan rasa kebersamaan syarikat Telco terhadap pembangunan 5G.
Cyber Fusion Centre (ACFC) juga telah dilancarkan untuk terus melindungi data digital dan perusahaan. Ini membuatkan syarikat Telco yakin ACFC akan menjadi satu nilai tambah penting buat pembangunan 5G di Malaysia. Dan, ACFC juga akan dijadikan induk untuk membangunkan dan memgembangkan pakar siber di Malaysia.
Hasilnya, menurut Tan Sri Annuar Musa, Menteri J-Komm, empat syarikat utama Telco akan menandatangani perjanjian bersama DNB sebelum 31 Ogos 2022. Terma dan syarat juga sudah dibincang. Ini satu berita baik buat kita semua, pembangunan 5G kita memang benar benar di landasan yang betul. Kini, 30% kawasan di Malaysia sudah bersedia untuk akses 5G, dijangka mencapai 80% di penghujung 2024.
Tindakan Tengku Zafrul dalam mengendali DNB untuk memastikan penyertaan bersama syarikat Telco lain amat perlu dipuji. Tindakannya sangat teratur, ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Akhirnya, kita dapat lihat, penyertaan dan kepercayaan Telco semakin meningkat. Saya yakin tidak lama lagi, kesemua tempat di Malaysia akan menerima akses 5G dengan kebijaksanaan pemimpin dalam mengendali urus tadbir antara kepentingan awam dan industri telekomunikasi di Malaysia.
.
Penulis ialah Penyelidik Industri 4.0

