Idea Keluarga Malaysia bukan sekadar retorik, slogan – PM

0
1

IDEA Keluarga Malaysia diilhamkan kerajaan hari ini bukan retorik atau slogan semata-mata, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya menurut Perdana Menteri, ia merupakan satu semangat diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara demi kepentingan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Barangkali ramai tertanya-tanya apa sebenarnya idea Keluarga Malaysia, dan mengapa ia menjadi ‘semangat’ yang mahu disemarakkan kerajaan hari ini.

“Jawapannya mudah; kerana sebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Dalam konteks negara, tambah Ismail Sabri, rakyatnya adalah Keluarga Malaysia yang terdiri pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia.

Katanya lagi, meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, semuanya meraikan ‘keterangkuman’ dalam perbezaan, dan menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

“Pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif, untuk rakyat dengan pantas dan berkesan.

“Ini merupakan usaha mencari ‘kebersamaan’ agar pemegang taruh utama iaitu Keluarga Malaysia merasai nikmatnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here