PEMUDA PAS diharap dapat memainkan peranan penting dalam memimpin anak muda, seterusnya bersedia memimpin Malaysia menerusi pentadbiran di Putrajaya.
Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin turut melahirkan rasa gembira dengan kekuatan Pemuda PAS seperti ditonjolkan dalam Muktamar Pemuda PAS ke-63 ketika ini.
“Semalam saya bersama mantan-mantan ketua pemuda PAS yang lain meluangkan masa kami untuk menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali ke-63 di Alor Setar Kedah.
“Alhamdulillah, berbunga hati dan amat bangga melihat keberadaan dan kekuatan Pemuda PAS hari ini. Legasi barisan hadapan PAS yang terus ampuh.
“Saya mendoakan agar Pemuda PAS dapat memacu prestasi luar biasa bagi memimpin kesatuan anak muda negara sekali gus melahirkan Generasi Pemuda Sejehtera yang berakhlak dan berintergriti seterusnya bersedia memimpin Malaysia di Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

