Ternampak idola, abang bomba keluar perbarisan

0
1

TERUJA. Itu gambaran daripada reaksi beberapa anggota bomba yang menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2022 ketika ‘terjumpa’ Ustaz Azhar Idrus.

Menerusi rakaman video dikongsi di Facebook, Jabatan bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, memaparkan gelagat lucu anggota terbabit.

Dalam video itu, dapat dilihat semua anggota bomba sedang berarak sempena perbarisan Hari Kemerdekaan, sambil berinteraksi dengan orang ramai yang memenuhi kiri dan kanan jalan.

Kemudian, secara tiba-tiba seorang anggota ‘ternampak’ pendakwah bebas itu yang turut sama hadir memberi sokongan, duduk di tepi jalan bersama beberapa kanak-kanak.

Anggota itu juga memanggil beberapa rakannya lagi untuk bersalam dan bergambar dengan Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar yang dikenali dengan sikap ‘sporting’ itu pada mulanya agak terkejut dengan sapaan tersebut namun tetap melayan mereka.

Difahamkan, kejadian spontan itu berlaku ketika perbarisan yang diadakan di Terengganu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here