Pilih Malaysia sebagai ‘rumah’, Rhys William kini kekok berbahasa Inggeris

0
2

PERSONALITI media sosial, Rhys William James melahirkan rasa bangga dan bersyukur kerana dapat tinggal dan memilih Malaysia sebagai ‘rumah’.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Rhys yang turut dikenali sebagai “Mat Saleh Cari Makan’ berkongsi perasaan terujanya sempena Hari Kebangsaan 2022 semalam.

Kata warga Britain itu, dia sudah berada di negara ini selama 10 tahun dan mengakui selesa serta sebati dengan bahasa Kebangsaan berbanding bahasa Inggeris.

“Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-65, Malaysia! 10 tahun sejak saya pertama kali jejak kaki di Malaysia – bukanlah tempoh yang sekejap. Sehingga saya dah rasa sangat sebati dengan Malaysia.

“Nak cakap bahasa ‘mat salleh’ pun sudah kurang selesa. Saya lebih selesa bercakap dalam bahasa Melayu setelah lama menetap di sini.

“Saya berbangga dan bersyukur dapat tinggal di Malaysia dan diterima dengan baik oleh ramai orang di sini.

“Ini membuktikan Malaysia mampu untuk maju dalam kehidupan berbilang kaum dan tetap hidup dalam keadaan aman dan damai. Sebab itu lah saya lebih selesa dan menganggap Malaysia sebagai ‘rumah’ dalam hati saya,” katanya.

Rhys turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia kerana menerimanya menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

“Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah, ‘Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’. Terima kasih Malaysia sebab buat saya rasa seperti sebahagian dari keluarga anda! Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-65!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here