Khairuddin setuju saranan Tuan Ibrahim, runding kerusi berisiko PAS-Umno

0
1

BEKAS pemimpin PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyokong saranan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk PAS dan Umno berunding kerusi-kerusi berisiko pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, berkata rundingan kerusi berisiko itu adalah sebahagian daripada semangat MN yang perlu dihidupkan kembali.

“Pada kerusi yang pilihan utamanya ialah antara PAS dan Umno sahaja seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah boleh berlangsung persaingan politik yang sihat ala pertandingan adik beradik bagi menghidupkan demokrasi.

“Ia adil untuk semua. Itu juga sebahagian semangat MN. Semua pilihan-pilihan tersebut telah ada dalam perbincangan MN sebelum ini,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, PAS dan Umno harus kembali kepada MN untuk menyelamatkan 27 kerusi Parlimen berisiko agar tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) jika dua parti terbesar itu bertembung pada PRU15.

“Kita tengok ada beberapa perkara yang perlu untuk duduk bersama contoh kalau kita nak tawan Selangor, saya fikir PAS/PN dan Barisan Nasional (BN) perlu duduk bersama.

“MN belum dibubar. Kita perlu kekalkan platform ini kerana kepentingan Islam, dan kepentingan Melayu.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki berkata PAS dan Umno perlu menamakan ‘Kerusi MN’ di 27 kawasan Parlimen yang disifatkan sebagai berisiko jika Umno dan PAS bertembung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here