Agong perkenan sempurnakan perasmian SUKMA 2022 

0
2

YANG di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan majlis Perasmian Pembukaan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 yang dijadualkan pada 17 September ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah berhubung perkara itu semasa sesi menghadap dan mempersembahkan warkah persilaan di Istana Negara, semalam. 

“Selain itu, Seri Paduka Baginda berkenan mendengar taklimat ringkas mengenai perjalanan SUKMA 2022 yang berlangsung pada 16 sehingga 24 September ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Ahmad Faizal, temasya SUKMA bakal mempertandingkan 31 jenis sukan dengan membabitkan penganjuran 426 acara. 

“SUKMA 2022 yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) menyaksikan beberapa acara bakal dipertandingkan di beberapa lokasi pilihan termasuk sekitar Lembah Klang, Nilai dan Langkawi. 

“Seramai hampir 9,000 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen yang bertanding telah mengesahkan penyertaan untuk temasya kali ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here