Pertahan negara dari penjajahan era moden

0
2

BENTUK penjajahan di era modenisasi tidak lagi sama seperti era kolonial, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan jika tidak mempertahankan kemerdekaan diperjuangkan wira-wira terdahulu, maka sejarah mungkin akan berulang dan negara kembali dijajah semula.

Katanya, bentuk penjajahan moden yang muncul ketika ini dan semua negara di dunia terkena dampaknya, yakni penjajahan baharu dalam bidang ekonomi, teknologi dan budaya. 

“Anasir luar ini menggunakan pelbagai cara untuk menjajah semula dalam bentuk yang lebih canggih.

“Meskipun ancaman penjajahan baharu ini bukan dari segi fizikal, namun ia sangat berbahaya dan cara paling mudah menjarah minda dan jati diri bangsa, seterusnya mampu hancurkan sesebuah negara.

“Hanya rasa cinta kepada negara membolehkan kita terus bekerjasama dan bersatu padu untuk mempertahan nilai kedamaian, keamanan dan kemerdekaan bagi membangun dan menjaga kedaulatan kita,” katanya menerusi perutusan Hari Kebangsaan malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here