Bolehkah Peguam Negara campuri urusan Badan Kehakiman? – Asyraf wajdi

0
1

PEMUDA Umno menuntut penjelasan Jabatan Peguam Negara berhubung arahan menggesa prosiding mahkamah melibatkan Presiden Umno Datuk Seri DR Ahmad Zahid Hamidi dipercepatkan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penjelasan perlu diberikan berikutan wujud campur tangan Peguam Negara dalam urusan Badan Kehakiman.

“Kelmarin tular surat daripada Pejabat Peguam Negara yang didakwa mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mempercepatkan prosiding kes Datuk Seri Zahid.

“Persoalannya, bolehkah Peguam Negara sebagai badan Eksekutif mencampuri urusan badan Kehakiman?

“Bukankah seharusnya Pejabat Peguam Negara sendiri menghormati doktrin pemisahan kuasa antara 3 badan; Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman?,” soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, agak meragukan kerana kes rasuah melibatkan pemimpin-pemimpin parti lain tidak diberi perhatian seperti kes Ahmad Zahid.

“Mengapa hanya kes Datuk Seri Zahid, kenapa tidak kes-kes rasuah lain yang berprofil tinggi seperti Kes Rasuah Terowong Lim Guan Eng, kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman?,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata kenyataan Peguam Negara itu melibatkan kredibiliti dan imej institusi serta percaturan politik seperti yang dinyatakan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam buku tulisannya sebelum ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here