Ebit Lew dibicara atas 11 pertuduhan seksual bulan depan

0
1

PENDAKWAH terkenal Ebit Lew, 37, akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah atas 11 tuduhan gangguan seksual, bulan depan.

Perbicaraan kes Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew akan bermula 27 hingga 30 September depan.

Ia disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, lapor portal The Merdeka Times.

Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Terdahulu, Abdul Jalil berkata Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

“Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi rap, Caprice mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan Ebit selepas diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitnah dan kes gangguan seksual melibatkan penceramah terkenal itu. 

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice turut mendedahkan bahawa terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengannya yang sering melakukan posting mengenai gangguan seksual yang berlaku membabitkan pendakwah berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here