Zahid panggil sesi taklimat khas bersama ketua bahagian

0
1
zahid hamidi

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memanggil ketua-ketua bahagian seluruh negara hadir sesi taklimat khas Presiden Umno, Sabtu ini.

Taklimat khas itu bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada jam 2 petang.

Turut dipanggil ke sesi khas tersebut ialah setiausaha dan ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Surat jemputan ke sesi khas itu dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam dan turut dikongsi di Facebook milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil.

Setakat ini tidak dapat dipastikan agenda utama sesi khas tersebut, namun dipercayai berkaitan persiapan berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu sumber dalaman Umno memaklumkan, pihaknya tidak menolak kemungkinan isu melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berdepan hukuman penjara, akan turut disentuh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here