PRU15: PH mula gerak ceramah “Jelajah Tolak BN PN”

0
1

USAHA Pakatan Harapan (PH) mendekati rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah digerakkan secara rasmi bermula hari ini.

Ia dilaksanakan menerusi program Ceramah “Jelajah Tolak BN PN” Siri 001 anjuran Biro Mobilisasi Parti Amanah Nasional bertempat di parkir McDonald’s Bangi, jam 9 malam ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut mempromosikakan kempen ceramah tersebut menerusi Facebooknya.

Bekas Menteri Pertahanan era kerajaan PH itu antara pemimpin yang PH yang bakal hadir memberi ceramah selain Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Turut dijadualkan menyampaikan ucapan ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Antara isu yang dijangka diketengahkan ialah berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; skandal kapal tempur pesisir (LCS) serta harga barang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here