Polis siasat penganjur perhimpunan serah memorandum pengampunan Najib

0
1

PENGANJUR perhimpunan membabitkan seramai kira-kira 300 orang berpakaian hitam serba hitam dan melaungkan slogan ‘Hidup Najib dan Bossku’ di perkarangan luar Pintu 3 Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, semalam akan dipanggil polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya mendapati penganjur tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, pada jam 2 petang semalam, ketika sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Balai Polis Travers menjalankan penugasan kawalan keselamatan serta pemantauan mendapati terdapat perhimpunan penyerahan memorandum oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM).

“Kertas siasatan akan dibuka dan penganjur akan dipanggil bagi memberi keterangan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada sama ada perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur.

“Pihak Polis juga menyeru orang ramai supaya tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam ratusan penyokong Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkumpul di perkarangan pintu 3 Istana Negara untuk menyerahkan memorandum memohon pengampunan Diraja terhadap bekas Perdana Menteri itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here