Laporan 100 hari Majlis Penasihat Kerajaan: Tun M tak pernah hantar kepada Kabinet

0
1
https://www.roketkini.com/2021/10/13/covid-19-mengapa-prestasi-malaysia-lebih-buruk-berbanding-indonesia/

PEMIMPIN veteren DAP, Lim Kit Siang mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah membentangkan laporan 100 hari Majlis Penasihat Kerajaan kepada Kabinet ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu telah menerima laporan tersebut daripada majlis yang ditubuhkannya pada 12 Mei 2018 sebaik PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru, beliau berkata, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan ketika itu, Tun Daim Zainuddin turut melahirkan kekesalan dengan perkara tersebut.

“Beberapa hari lepas, saya berjumpa dengan Tun Daim, dia menyatakan kekesalannya mengenai Laporan Majlis Penasihat Kerajaan, yang mana dia merupakan Pengerusi, masih belum diterbitkan.

“Daim telah direkodkan sebagai menyatakan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) perlu berubah menjadi sebuah dasar pembangunan negara yang lebih bertumpu kepada pendekatan berasaskan keperluan, bukan lagi mengikut kaum.

“Dia menyatakan, walaupun DEB mempunyai kejayaannya, dasar ini penuh dengan kekurangan dan salah guna,” katanya dalam blog yang disiarkan hari ini.

Majlis tersebut terdiri daripada lima pakar terkemuka untuk menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa.

Selain Daim, mereka adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Sehubungan itu, Kit Siang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menerbitkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan yang diwujudkan ketika pemerintahan PH.

“Saya menyeru Ismail Sabri untuk menerbitkan laporan 100 hari Majlis Penasihat Kerajaan yang dihantar kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir, yang tidak pernah menghantar laporan ini kepada Kabinet,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here