Alhamdulillah Najib sihat, kata Rosmah

0
1

DATUK Seri Najib Razak dalam keadaan sihat, kata isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengulas keadaan bekas Perdana Menteri itu yang telah memulakan hukuman penjara.

Ditemui media selepas menemani suaminya bagi perbicaraan kes 1MDB, Rosmah yang ditemui media selepas menemani Najib dalam perbicaraan kes 1MDB hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan.

Terdahulu pagi tadi, Najib kembali ke Mahkamah Tinggi buat kali pertama selepas dipenjarakan Selasa lalu, untuk dibicarakan berkaitan kes penyelewengan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB.

Bekas Perdana Menteri itu menaiki kenderaan awal pagi ini, diiringi van jabatan penjara.

Najib dilihat berada dalam kompleks mahkamah dengan memakai sut biru dan bertali leher berwarna biru tua.

Di dalam kamar mahkamah, Najib dilihat duduk di kandang tertuduh tanpa digari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here