Syor percepat bantu individu bankrap keluar daripada kebankrapan

0
1
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

JABATAN Insolvensi Malaysia (Mdl) mencadangkan pindaan Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) dilaksana kepada empat perkara bagi melancarkan proses pentadbiran estet kebankrapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia dicadangkan dalam sesi pembentangan cadangan pindaan akta itu oleh Bahagian Dasar, Perundangan dan Komunikasi Korporat Mdl di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

“Fokus utama adalah mempercepat proses pentadbiran kebankrapan dan membantu individu yang bankrap untuk keluar daripada kebankrapan dengan segera,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Turut hadir, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM, Datuk Abd Shukor Mahmood dan Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Anita Harun.

Pada 25 Ogos 2020, Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020 yang bertujuan meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) diluluskan dengan suara terbanyak Ahli Dewan Rakyat.

Akta 360 dipinda antara lain berdasarkan keperluan tertentu termasuk mentransformasi kerangka perundangan sedia ada kepada perundangan lebih relevan dengan keperluan semasa.

Ia juga bagi mengemas kini akta itu agar selaras perkembangan dan kemajuan perundangan antarabangsa berkenaan insolvensi, tadbir urus korporat dan amalan terbaik dalam insolvensi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here