DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memanggil semua ketua Umno bahagian hadir ke mesyuarat tergempar hari ini.
Perjumpaan di Menara Dato Onn di ibu negara hari ini dijangka panas dengan agenda utama mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Menurut sumber dalaman Umno, kira-kira 150 daripada 191 Ketua Umno Bahagian dijangka hadir pada mesyuarat “pertemuan segera dan mustahak” itu.
Bagaimanapun difahamkan Ketua Umno Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; dan Ketua Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak akan hadir.
Antara Ketua Umno Bahagian yang dilihat hadir adalah Ketua Umno Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Umno Bahagian Lenggong, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ketua Umno Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad. – Malaysiapost

