Jangan guna alasan Parlimen Tergantung halang PRU – Zahid

0
1
Sidang media penutup Perhimpunan Agung UMNO 2020

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kebimbangan akan terjadi Parlimen Tergantung atau ‘Hung Parliament’, sebagai alasan menghalang Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera.

Kenyataan Ahmad Zahid itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan kebimbangan berlakunya ‘Parlimen tergantung’ sekiranya tiada parti mampu membentuk majoriti mudah 112 kerusi, selepas PRU15.

Presiden Umno itu berkata, ia adalah mitos politik dan turut memetik pencerahan Profesor Sains Politik dan Demokrasi, Dr Wong Chin Huat berkenaan isu Parlimen Tergantung.

“Menariknya beliau menyampaikannya dalam Simposium Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Negeri siang semalam.

“Profesor Sains Politik dan Demokrasi tersebut menjelaskan tiada apa-apa yang perlu ditakuti atau dibimbangkan jika berlaku hung parlimen atau parlimen tergantung,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, Chin Huat turut menjelaskan keadaan Parlimen Tergantung bukan situasi teruk seperti digambarkan pihak tertentu, malah tidak menyebabkan kemusnahan sesebuah negara atau menjejaskan ekonomi.

Sebaliknya, ujar beliau, pemahaman politik komparatif perlu ada dalam sistem politik.

“Kerajaan New Zealand 1996-2020 ialah terbentuk daripada itu akan tetapi tetap maju dan stabil.

“Autoriti pencerahan oleh Profesor Sains Politik tersebut mampu memberikan pencerahan dan membuka mata hati pemahaman mitos politik semasa.

“Justeru, janganlah menggunakan alasan takut parlimen tergantung seperti cuba dikhabarkan bagi menghalang PRU diadakan,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri pada Sabtu lalu, menzahirkan kebimbangan sekiranya tiada parti yang mendominasi kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15.

Ujarnya, sekiranya perkara itu berlaku, maka gabungan kerjasama politik perlu dilihat semula di antara parti-parti politik tertentu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here