Semangat BN terus membara dekati pengundi 18

0
2

JENTERA Barisan Nasional (BN) bersemangat tinggi untuk mendekati golongan muda terutama pengundi 18 tahun yang pertama kali akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semangat jentera BN tambah membara selepas kajian menunjukkan pengundi 18 memilih BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu.

“Hari kedua meneruskan amanah parti bersama Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memperhalusi strategi dan gerak kerja BN 26 Parlimen di Johor menghadapi PRU-15.

“Menariknya keputusan PRN Johor empat bulan lalu, menyaksikan semua saluran anak muda kali pertama mengundi 18-40 tahun menang terutamanya di 40 DUN yang dimenangi BN (kecuali 4 DUN).

“Ini meningkatkan semangat jentera BN terutama jentera Pemuda dan Puteri untuk menggandakan usaha mendekati dan mendampingi pengundi muda secara bersasar di semua 13,547 cawangan-cawangan UMNO di seluruh Malaysia,” katanya di Facebook, hari ini.

PRU15 bakal mencipta sejarah buat pertama kalinya pengundi 18 tahun dibenarkan mengundi untuk memilih wakil rakyat pilihan mereka.

PRN Johor 12 Mac lalu adalah pilihan raya yang pertama menyaksikan golongan 18 tahun melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here