Syamsul terima tawaran arah filem epik termahal

0
1

PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof mengesahkan menerima tawaran untuk bekerjasama dengan kerajaan Melaka bagi menghasilkan filem epik yang mengangkat keagungan sejarah negeri tersebut.

Syamsul bagaimanapun memaklumkan, perkara itu masih dalam fasa perbincangan awal dan belum dapat berkongsi butiran mengenainya.

“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.

“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Syamsul berkata, pembikinan filem itu bakal menjadi projek termahal pernah dihasilkan di negara ini sekiranya ia direalisasikan nanti.

“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” katanya.

Semalam, menerusi Intagram
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, berkongsikan foto pertemuan pihaknya dengan Tun Mohd Ali, sekali gus mengundang keterujaan orang ramai bagi mengetahui filem apa bakal dihasilkan Syamsul pada masa akan datang.

Sebelum ini, filem Mat Kilau itu mencetus fenomena baharu dalam industri perfileman apabila produksi garapannya meraih kutipan kira-kira RM96 juta untuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here