PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay, di Ibu Pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan kira-kira sejam, bermula 11 pagi tadi, lapor Umno Online.
Berlangsung dalam suasana mesra ia didahului jamuan ringan dan disusuli perbincangan berkaitan isu-isu semasa.
Pada akhir pertemuan, Ahmad Zahid dan Hay melakukan pertukaran cenderamata.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – Malaysiapost

