KJ ambil maklum insiden ‘burnout’, buli serta budaya kerja kurang sihat di KKM

0
1
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin mengambil maklum berhubung laporan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF), hari ini mengenai kematian seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 17 April lalu yang didapati tiada unsur buli di tempat kerja.

Menurutnya, walaupun tiada unsur buli pada kes kematian PPS di HPP, namun insiden ‘burnout’ dan buli serta budaya kerja kurang sihat disahkan berlaku di beberapa fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami perlu mula mengubah budaya dan organisasi di KKM berdasarkan cadangan HWCITF,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu HWCITF dalam satu kenyataan mengumumkan hasil laporannya berhubung insiden kematian PPS berkenaan serta 10 syor penambahbaikan utama.

Pasukan khas itu mendapati
tiada bukti kukuh bagi mengaitkan kematian PPS di HPP dengan unsur buli di tempat kerja dan dapatan itu selepas analisisdilakukan ke atas Laporan Pengesanan dan Pengesahan oleh Unit Integriti KKM berhubung insiden itu.

HWCITF mengekalkan pandangan itu, selagi mana tiada maklumat tambahan berkaitan insiden kematian PPS daripada polis menerusi siasatan ke atas kes berkenaan.

HWCITF yang ditubuhkan pada 13 Mei lalu, turut mendapati insiden ‘burnout’ dan buli serta budaya kerja kurang sihat dapat disahkan berlaku di KKM, namun pada tahap berbeza dan bukan di semua fasiliti kesihatan KKM.

“Didapati budaya buli tidak hanya berlaku dalam kalangan PPS, malah ia berlaku merentasi semua peringkat warga kerja KKM secara langsung atau tidak langsung.

“Antara faktor penyumbang ialah kekurangan kecekapan, kemahiran dan tahap kesediaan untuk melaksanakan tugasan diamanahkan,” menurut HWCITF.

Sementara itu, antara syor utama yang dicadangkan ialah pendigitalan proses pengintegrasian sistem digital sedia ada, penambahbaikan sistem e-Housemen serta penubuhan kumpulan sokongan PPS dan lain-lain perkhidmatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here