
SEBANYAK 3,429 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara, semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, jangkitan meningkat hampir 1,000 kes berbanding 2,437 kes kelmarin.
Ia sekali gus menjadikan Malaysia merekodkan 4,741,413 kes sejak wabak itu melanda negara.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,325 kes melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 715 kes (individu lengkap dua dos); 366 kes (individu tidak divaksinasi); dan 23 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.
Sehingga semalam, kes aktif turun lagi kepada 40,741, berbanding 42,203 dicatat kelmarin.
Seramai 39,062 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah dan 32 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.
Sementara itu, sembilan pesakit dilaporkan meninggal dunia semalam akibat komplikasi Covid-19, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,102 kes, termasuk 7,672 kes BID. -Malaysiapost
