Wartawan wanita bantu bina, bangunkan negara – PM

0
1

WARTAWAN wanita turut memain peranan dalam menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi negara hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, wartawan wanita memainkan peranan penting dalam pembinaan dan pembangunan masyarakat sejak sebelum merdeka lagi.

“Tanpa mengira penat dan cabaran dihadapi termasuklah terdedah kepada bahaya, wartawan wanita juga komited melaporkan pelbagai berita, rencana dalam menyebarluaskan maklumat terkini kepada masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira dapat bertemu dan minum petang bersama wartawan dan petugas media wanita, dalam Majlis Hi-Tea Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) petang semalam.

Menurutnya, majlis berkenaan adalah sempena sambutan 51 tahun penubuhan PERTAMA.

“Terima kasih kerana menjemput saya ke majlis yang cukup bermakna ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here