Tanggung kos RM50 juta setiap bulan akibat pembekuan projek LCS- Najib

0
1

KOS yang terpaksa ditanggung akibat pembekuan projek pembinaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS), kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, perkara itu didedahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, selain pembekuan projek oleh Pakatan Harapan (PH), tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat yang lama ketika era Perikatan Nasional (PN) menyekat pembangunan LCS.

“Projek hanya disambung semula pada Mei 2022 oleh kerajaan hari ini setelah dibekukan PH dan selepas dua tahun pandemik di mana darurat dan ‘lockdown’ separuh masak antara paling lama dalam dunia untuk selamatkan jawatan PM sendiri menyukarkan perlaksanaan projek.

“Kos yang ditanggung bagi setiap bulan projek dibeku ialah RM50 juta seperti didedahkan oleh Ismail Sabri pada tahun lepas.

“Tak nafi bahawa projek sudah mula lambat dengan tahap kemajuan 50.15 peratus berbanding 70 peratus di bawah jadual pada Januari 2018 seperti dinyatakan Mat Sabu.

“…Tetapi ini adalah projek lewat. Bukan tak pernah bermula pembinaan seperti projek terowong Pulau Pinang,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu Najib berkata Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd tidak pernah rugi sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, LCS merupakan merupakan projek terbesar Boustead milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Boustead tak pernah rugi sepanjang tempoh saya PM. Fakta.
Dividen serta bonus LTAT adalah lebih 10 peratus dan tetap tinggi sepanjang tempoh saya PM. Fakta.

“Projek LCS merupakan projek terbesar Boustead milik LTAT. Fakta. Boustead merupakan aset terbesar dan merupakan 46% daripada jumlah nilai pelaburan LTAT,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here