Pas berpotensi tawan Pahang –  Ahmad Fadhli

0
1
KOTA BHARU 25 APRIL 2018. Calon PAS P022 Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di majlis pengisytiharan calon PAS Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang menampilkan 21 muka baru daripada 59 calon di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV). NSTP/SYAMSI SUHAIMI

PAS berpotensi menawan Pahang daripada Barisan Nasional (BN), sekaligus merubah kepimpinan kerajaan negeri berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata, ia memandangkan ketika ini Pas menang lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 42 kerusi DUN Pahang dalam PRU pada 2018, manakala BN 25 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) sembilan kerusi. 

“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya merubah kepimpinan negeri Pahang, Insya-Allah Pas ada peluang untuk menang.

“Atau setidak-tidaknya menjadi pemegang syer paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, sebagai contoh DUN Pulau Tawar di mana Pas hanya kalah dengan majoriti 587 undi sahaja di tangan Umno, sedangkan undi yang diperolehi oleh PKR ialah 1973. 

Beliau berkata, maka pengundi-pengundi PKR dan PH di kerusi berkenaan perlu berfikir sejenak betapa ruginya undi dibazirkan begitu sahaja dengan memberikan kemenangan kepada Umno atau BN. 

“Jika beramai-ramai pengundi mereka memberikan undi kepada Pas, Pas boleh memenangi DUN Pulau Tawar.

“Senario itu sebagai contoh sahaja, dan ia berlaku juga di beberapa DUN yang lain, misalnya DUN Tioman di mana calon Pas mendapat undi sebanyak 5,382 dan tewas dengan majoriti 1,280 di tangan calon Umno, PKR pula mendapat 3,029 undi.

“Alangkah baiknya jika pengundi-pengundi PH/PKR dalam pilihan raya yang lepas dapat membuat pertimbangan semula dan memberikan undi kepada Pas kali ini demi merubah kepimpinan kerajaan negeri Pahang,” katanya.

Ahmad Fadhli berkata, jentera Pas Pahang juga kini kelihatan semakin bertambah aktif dari barisan Pemuda, Muslimat, Ulama dan seluruh lapisan jentera bekerja keras demi memastikan Pas berjaya merampas Pahang.

“Jom, bantu Pahang. Jadikan negeri keempat (Pas) selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here