Kes SRC: Hakim sebulat suara tolak permohonan Najib masukkan bukti baharu

0
1
Pix via Malaysiapost

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi untuk mengemukakan bukti baharu berhubung kes rasuah SRC International bernilaI RM42 juta.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan Najib.

Tengku Maimun berkata, bukti tersebut tidak relevan dengan kes terhadap Najib dan gagal menunjukkan hakim perbicaraan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan.

Keputusan itu menyaksikan mahkamah akan mendengar rayuan Najib bagi membatalkan sabitan dan hukumannya dalam kes berkenaan.

Terdahulu, Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya mengakui jawatan Hakim Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berada dalam pengetahuan awam.

Bagaimanapun katanya, apa yang dipertikaikan ialah Mohd Nazlan yang mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International dihadapi Najib mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan perkara itu kepada semua pihak dalam perbicaraan.

Katanya, permohonan yang dikemukakan untuk memasukkan bukti tambahan berkaitan Mohd Nazlan (yang kini hakim Mahkamah Rayuan) bukan untuk mempertikaikan maklumat mengenai jawatan yang pernah dipegangnya tetapi tindakan yang sepatutnya diambil oleh hakim terbabit.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here