Sanusi tunjuk kehebatan gusti lengan pula 

0
2

BOLA sepak sudah, badminton dan ragbi begitu juga. Kini Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menunjukkan kehebatannya beradu gusti lengan pula. 

Menteri Besar Kedah itu beraksi dalam acara tersebut sempena Hari Belia Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah semalam. 

Menerusi satu video dimuatnaik di Facebooknya, Muhammad Sanusi berada kekuatan bersama Exco Belia dan Sukan negeri, Mohd Firdaus Ahmad. 

“Saja la cuba try test Exco Belia tengok kuat tara mana,” tulis Muhammad Sanusi. 

Dalam video tersebut Muhammad Sanusi tidak berdepan masalah memenangi pertarungan tersebut. 

Sebelum ini Menteri Besar Kedah itu sering berkongsi kebolehannya dalam sukan termasuk bola sepak dan ragbi. 

Di samping itu beliau pernah berganding bersama jaguh badminton negara, Lee Zii Jia dalam satu perlawanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here