BERSATU Wilayah Persekutuan sudah bersedia bertempur di medan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa dari sekarang.
Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ia tergambar jelas apabila pemimpin dan ahli Bersatu dari semua parlimen Wilayah Persekutuan datang memberi sokongan padu kepada parti.
Ia sempena Majlis Perasmian Persidangan Cawangan-Cawangan Bersatu Wilayah Persekutuan semalam yang disempurnakan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Saya juga merasa cukup gembira dengan kehadiran rakan-rakan daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS Wilayah dan Gerakan Wilayah.
“Kehadiran kalian sudah pasti menyerikan lagi majlis kami dan memperkukuhkan persahabatan kita dalam PN,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

