Bekas MB Perak ke-9 masih sihat, cergas

0
2

BEKAS Menteri Besar Perak kesembilan, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali berada dalam keadaan sihat dan cergas.

Perkembangan bekas pemimpin Umno itu dikongsi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Zambry yang juga bekas Menteri Besar Perak ke-11 berkongsi pertemuan beliau dengan Mohd Tajol, 78, di sebuah restoran di ibu negara.

“Gembira dapat makan tengah hari dengan mantan MB dan boss Perak Tan Sri Tajol Rosli.

“Sebagai tanda hormat saya buat Tan Sri, saya datang mengunjunginya  di sebuah restoran yang istimewa pilihan beliau.

“Beliau masih kelihatan sihat melalui aktiviti kecergasan dengan berjalan kaki hampir 10 km, tiga ke empat kali seminggu,” katanya.

Mohd Tajol adalah Menteri Besar Perak selama dua penggal iaitu dari 1999 sehingga 2008.

Beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak pada Januari 2009, seterusnya melepaskan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Gerik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here