Bekalan air 188 kawasan wilayah Hulu Selangor pulih

0
2
Penduduk-penduduk mengambil air yang dibekalkan oleh Air Selangor di Pusat Khidmat Setempat berdekatan Padang Bola Hospital Kuala Lumpur hari ini.

GANGGUAN bekalan air berjadual di 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor yang terjejas berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa, pulih sepenuhnya jam 3 pagi hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, memaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor yang terjejas berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa pada 9 Ogos 2022 telah pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor dilaporkan akan mengalami gangguan bekalan air pada 9 Ogos ini, bermula jam 9 pagi.

Gangguan bekalan air berjadual itu susulan pihak Air Selangor melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Rasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here