LCS: Zahid perlu jelaskan kenapa tukar kepada Gowind

0
1

AHLI Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan mengapa reka bentuk kapal tempur pesisir ditukar kepada jenis Gowind daripada Sigma dalam projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Penerangan PKR itu berkata, Ahmad Zahid selaku Menteri Pertahanan ketika itu patut menjelaskan kenapa beliau tidak mengendahkan teguran Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bahawa bentuk Gowind tidak sesuai untuk sebuah kapal tempur.

Malah, Fahmi juga mempersoalkan kenapa Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak juga seolah-olah merestui perubahan reka bentuk yang pada awalnya dipersetujui berbentuk sigma dalam projek LCS itu.

“Kenapa Zahid Hamidi ubah dari sigma (tempur) ke Gowind (peronda)?

“Kenapa Menteri Pertahanan BN zaman Najib PM degil dan tak nak dengar teguran dan bantahan Panglima Tentera Laut? Hal ini wajib dijelaskan” katanya di Facebook, hari ini.

Fahmi menjelaskan, laporan Kira-Kira Wang Negara (PAC) menunjukkan bantahan dilakukan Panglima TLDM Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar mengenai perkara itu.

“Teknikalnya kalau kita tengok surat-surat bantahan Panglima Tentera Laut ketika itu, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar menolak model Gowind yang dicadangkan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) ini.

“Gowind ini kapal peronda, yang TLDM mahukan dan menjadi keperluan pada ketika itu ialah sebuah kapal tempur (sigma),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here