Kerajaan sedang kaji elaun, keistimewaan Najib, bekas PM lain 

0
2
Pix via Malaysiapost

KERAJAAN sedang melaksanakan kajian terperinci berhubung Ketentuan Elaun dan Keistimewaan bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mana-mana bekas Perdana Menteri selepas beliau. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latif Ahmad berkata, Elaun dan Keistimewaan Mantan Perdana Menteri Malaysia adalah tertakluk kepada ketetapan kadar dan syarat di perenggan 21(1), Jadual Pertama, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237]. 

“Bagaimanapun, dengan mengambil kira situasi semasa, kerajaan sedang melaksanakan kajian terperinci berhubung Ketentuan Elaun dan Keistimewaan bagi Bekas Perdana Menteri yang termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237]. 

“Yang mana kajian ini akan melihat secara menyeluruh berhubung cadangan untuk memberi ganjaran sama ada berbentuk harta tanah atau lain-lain kepada Najib atau mana-mana bekas Perdana Menteri selepas Najib,” katanya di Dewan Rakyat. 

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meminta Perdana Menteri menyatakan cadangan kerajaan memberi ganjaran harta tanah dan lain-lain dilapor bernilai RM100 juta kepada Najib. 

Dr Mahathir mahu tahu sama ada ia telah diberi dan meminta supaya diperincikan pemberian kepada bekas Perdana Menteri itu dan bila. Jika tidak, apakah kerajaan masih akan meneruskan pemberian tersebut dan kenapa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here