Bot karam: 1 maut, 35 selamat

0
2

SEORANG maut, manakala 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki mereka karam ketika cuba memasuki Malaysia, hari ini.

Kesemua PATI itu diselamatkan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (Maritim Malaysia) Selangor daripada sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, MV NCC Najem di kedudukan 23 batu nautika barat Pulau Ketam, Selangor.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor telah menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam lebih kurang 2.23 pagi tadi.

Menurutnya, bot PERKASA 36 Maritim Negeri Selangor, bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama bot Pasukan Polis Marin (PPM) diatur gerak ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Hasil pemeriksaan mendapati, seramai 35 PATI terdiri daripada 28 lelaki dan 7 wanita dalam lingkungan umur 22 hingga 51 tahun warga Indonesia berjaya dipindahkan ke aset penguat kuasa; beserta satu mayat lelaki yang ditemui oleh kru kapal tangki tersebut dalam keadaan terapung.

“Namun, kedudukan bot penyeludup yang karam belum dipastikan dan masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Siva Kumar berkata, bot yang dinaiki mereka dipercayai karam dalam cubaan menyeludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Kesemua 35 PATI di darat kan di Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum dibawa ke Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut, manakala mayat diserahkan kepada polis untuk bedah siasat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here