Azmin enggan ulas calon tunggal Bersatu untuk jawatan TPM

0
1
SHAH ALAM 16/05/2018, Selangor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali to announce the portfolios of state executive councillors with Exco Selangor at SUK Selangor. Picture by - Zuraneeza Zulkifli

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas mengenai dirinya dikatakan calon tunggal Bersatu untuk dilantik menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berdalih dengan menegaskan, peranan gabungan Perikatan Nasional (PN) ketika ini adalah mengukuhkan kestabilan kerajaan ketika ini.

“Kerajaan hari ini adalah kerajaan gabungan bukan satu parti seperti sebelum ini, antara gabungan parti terbesar adalah kerajaan PN.

“Maka apabila saya dan rakan saya kata bahawa tanggungjawab kita memperkukuh kerajaan bermakna kita nak perkukuhkan gabungan sedia ada.

“Kalau kita lemah, maka kerajaan PN lemah. Adalah tanggungjawab saya pastikan kerajaan ini kuat supaya dapat tangani dua isu ini dan kita tak boleh terjebak dalam politik merugikan rakyat.

“Saya mahu politik action oriented (yang) dapat berikan khidmat kepada rakyat, pastikan kita berjaya memenuhi dua matlamat mencerdaskan ekonomi dan tangani Covid,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditemui pada majlis kerjasama strategik anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sempena Maha 2022 di Maeps, Serdang, hari ini.

Terdahulu, media meminta Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas laporan yang mendakwa dirinya dinamakan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Semalam, media melaporkan, Bersatu menamakan Azmin sebagai calon tunggal TPM bagi mengisi jawatan berkenaan seperti dalam perjanjian PN bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun sumber berkata, permintaan agar Azmin mengisi jawatan itu sukar dipenuhi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN berkata, kerajaan hari ini perlu stabil dan adil bagi menguruskan perkara utama demi kepentingan rakyat.

“Jawapan saya mudah, saya dan rakan-rakan dalam Bersatu dan PN mengambil tanggungjawab memperkukuh kerajaan yang ada kerana kerajaan sedia ada gabungan melibatkan komponen terbesar PN.

“Kerajaan stabil dan kuat, rakyat akan dapat manfaat dan negara kita akan makmur, Insyallah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here