7 termasuk lima kanak-kanak hilang ketika bermain

0
1

TUJUH termasuk lima kanak-kanak dikhuatiri hilang ketika bermain di sekitar Kampung Kebayau, Kota Belud, petang semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara tiga hingga 15 tahun itu kali terakhir dilihat pada jam 3 petang di sebuah kedai runcit dan sehingga kini masing-masing dilaporkan belum pulang ke rumah.

Mangsa yang dilaporkan hilang membabitkan empat beradik termasuk tiga daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU) iaitu Freddy Kerinsuk, 15; Arni, 13; Alistar, 9, dan adik mereka Royce, 3.

Selain itu, Mecklorn Datine, 12; Elson Evan Lie Willie, 11 dan Elcy Jackter, 5, yang turut bersama mereka juga sehingga kini belum ditemui, lapor Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.49 malam.

Katanya, sepasukan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 33 kilometer dari BBP Kota Belud.

“Menurut laporan semua mangsa termasuk membabitkan tiga beradik yang juga pemegang kad OKU hilang semasa bermain di kawasan kampung dan saksi memaklumkan mereka kali terakhir dilihat berada di kedai runcit kampung sekitar jam 3 petang.

“Sehingga kini kesemua mereka masih belum pulang ke rumah dan usaha mencari dilakukan segera oleh penduduk kampung namun tiada sebarang penemuan sebelum operasi disambung semula hari ini oleh pasukan bomba,” katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa berhubung semua mangsa terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here