Amaran angin kencang, laut bergelora

0
1

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, yang dijangka melanda perairan negara, khususnya Sabah Barat dan Labuan.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer/sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan sehingga Selasa.

Cuaca buruk itu turut dijangka di kawasan perairan selatan Phuket; Tenggara Condore; Selatan Reef North; Layang-Layang dan Timur Palawan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Selain itu, untuk perkapalan, MetMalaysia memaklumkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di kawasan perairan Utara Phuket; Timur Laut Condore; Utara Reef North dan Barat Palawan.

“Angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan terbabit sehingga Selasa ini.

“Justeru, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here