188 kawasan alami gangguan bekalan air berjadual Selasa depan

0
1

SEBANYAK 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 9 Ogos ini, bermula jam 9 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), berkata gangguan bekalan air berjadual itu dijangka pulih sepenuh pada jam 1 pagi, 11 Ogos.

“Seperti yang telah dimaklumkan, Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa.

“Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti yang dipaparkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Air Selangor berkata, pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekan simpanan air ditutup. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here